Powered By Blogger

Thursday, February 7, 2013

Siput oh siput...



Assalammualaikum...
(mood happy kerja dah settle)

Petang petang ni...Just nak share something
 with you guys .....

Siput... 

Siput sedut masak lemak cili api 
fuuuhhhhh 
yang tuuu memang sedap...kan.

Tapi...
 bila sebut sibut babi...
eeeeeuuuwwww

Musim hujan tetiba banyaklah pula 
siput2 di dalam taman...
geram sungguhlah...

Apatah lagi bila laman yg 
dipelihara secara semula jadi
 - tidak bergantung 
dan tidak menggunakan bahan kimia untuk mengawal serangga atau binatang perosak....

Mana tak nya... 
my house ada rabbit se ekor..
Hobby dia bebas berlari lari di laman sambil makan sana makan sini..
Nak guna bahan2 kimia...
kesian pula dekat dia...

Cara termudah untuk mengatasi masalah siput ini ialah dengan membuangnya secara fisikal sebelum siput tersebut membesar ketahap boleh membiak.
Tapi sejak dua menjak mum 
asyik terlalu buzy jer...
Jarang pula dapat berkebun... 
Maka, bilangan siput membiak dengan berlipat ganda dalam tempoh hanya satu malam.

Biasa petua orang tua tua
 - percaya penaburan garam 
dapat membunuh siput siput tuu..
ok juga tapi...
pagi tabur, petang dahh hujan....
berpaket2 lah garam kena beli...

So, ada satu cara yang Mum 
terfikir nak try dan agak berkesan juga iaitu dengan cara "Perangkap Cuka"...

Mudah jer... 
Yg perlu ialah botol pepsi atau mineral water 
yg dah kosong.  Potong separuh...
Tanam botol tu ke dalam tanah. 
Pastikan permukaan botol tuu sama rata dengan permukaan tanah.
Masukkan cuka cair ke dalam botol tersebut.
Biar semalaman dan lihat betapa banyaknya siput siput yang terperangkap di dalam botol tersebut...
Kan kerja kita bertambah mudah...
Angkat dan buang saja siput2 tu...

Selamat mencuba!

Bye for now..
Take care..






No comments:

Post a Comment