Powered By Blogger

Thursday, February 21, 2013

Hukum Hukum??????


Assalammualaikum.....

Just a simple entry kali ni...

nak share pasal 

Hukum Hukum Dasar Syariat Islam.

Segala pertuturan, perlakuan, gerak hati, soal-soal ibadah, muamalah (berjual beli), berkeluarga, bermasyarakat dan segala macam aktiviti insan Muslim harus mengambil kira hukum - hukum syariat berikut :

(1) Hukum Halal

Takrif Halal..
Sesuatu yang dibolehkan (tidak berdosa) memakai, memakan atau mengerjakannya setelah ada pengesahan (sah) menurut syarak.

Firman Allah SWT :

Makanlah daripada yang baik (halal) dan kerjakanlah amalan soleh.
(Surah al - Mukminun : 51)

Allah SWT memerintahkan kita makan dan minum daripada bahan2 yang baik iaitu halal, suci lagi bersih sebelum melakukan ibadah dan amalan soleh lain.

Di samping itu, binatang yang boleh dimakan seperti kambing, ayam dan lembu perlu disembelih terlebih dahulu sebelum dimakan, sesuai dengan tuntutan Islam.


(2) HUKUM HARAM

Takrif HARAM
Sesuatu yang diberi pahala apabila meninggalkannya dan berdosa apabila mengerjakannya di sisi syarak. Hukum ini berlawanan dengan yang Halal.

Terdapat hadis yang diriwayatkan daripada
 Nabi SAW : 
"Setiap daging yang tumbuh daripada hasil makanan yang haram, 
maka neraka lebih layak baginya".

Antara makanan atau minuman yang haram ialah daging babi, arak dan sebagainya.

Disamping itu, Islam juga menetapkan supaya kita menjauhi perbuatan perbuatan haram seperti memakan harta anak yatim, bertenung nasib, bergaul bebas lelaki dan wanita yang bukan mahram, berjudi, membuka aurat 
(kecuali yg diharuskan oleh syarak) dan lain2 amalan yang dilarang.

(3) HUKUM WAJIB

Takrif WAJIB
Sesuatu yg diberi pahala apabila dikerjakan dan berdosa apabila meninggalkannya. Contohnya : Amalan Solat Lima Waktu, Puasa pada bulan Ramadan dan sebagainya.

Allah SWT berfirman :
Sesungguhnya solat (sembahyang) itu merupakan kewajipan yang telah ditetapkan atas orang Mukminin dan Mukminah.
(surah al-Nisa' : 103)

(4) HUKUM SUNAT

Takrif Sunat
Sesuatu yang diberi pahala jika dikerjakan dan tidak berdosa apabila meninggalkannya. Contoh : solat sunat, bersedekah, puasa sunat dan sebagainya.

Amalan-amalan sunat ini merupakan amalan tambahan atau sokongan untuk menampung mana2 kekurangan dlm ibadat wajib yang kurang sempurna.

Di akhirat kelak, apabila setiap insan dihadapkan ke muka pengadilah Allah, setiap amalan wajib seperti solat dan puasa akan dinilai kesempurnaannya. Jika kurang sempurna, maka ditanya pula tentang amalan2 sunat seperti solat sunat dan puasa sunat untuk menokok amalan wajib. 


(5) HUKUM MAKRUH

Takrif Makruh
Sesuatu amalan yang diberi pahala jika ditinggalkan dan tidak berdosa apabila mengerjakannya.

Amalan makruh seperti memakan makanan yang berbau seperti bawang putih mentah, petai, jering dan segala makanan yang menyebabkan mulut berbau busuk sehingga mengganggu jemaah lain dalam solat juga dikira makruh.

Nabi SAW sendiri menggemari amalan2 sunat dan membenci perbuatan yang makruh.
 Ibadat seperti solat yang dilakukan pada waktu2 yang tidak digalakkan adalah makruh seperti waktu gelincir, terbit dan juga tenggelamnya matahari.


(6) HUKUM HARUS

Takrif Harus
Sesuatu amalan yang tidak berpahala jika dikerjakan dan tidak berdosa apabila meninggalkannya seperti : Makan, minum, bersiar2 dan sebagainya.


(7) HUKUM SAH

Takrif Sah
Sesuatu amalan yang cukup rukun dan sempurna syaratnya menurut syarak. Contoh : Antara syarat sah solat itu ialah suci daripada hadas besar dan hadas kecil.
Amalan2 sama ada yg wajib ataupun yg sunat apabila tidak cukup rukun atau syaratnya dianggap batal atau tidak sah. Ia tidak akan diteria oleh ALLAH SWT sebagai ibadah dan dianggap sia2 sahaja. Hal ini menampakkan kejahilan seseorang itu dalam melaksanakan amal ibadahnya.

(8) HUKUM BATAL

Takrif Batal
Sesuatu amalan yang tidak cukup rukun dan syaratnya. Contoh : Solat akan batal jika bergerak berturut-turut sebanyak tiga kali.

Memahami segala rukun dan syarat dalam satu2 amalan serta memberi perhatian pula kepada perkara2 yg boleh membatalkan amalan. Ini khususnya amalan wajib seperti puasa solat dan haji yang akan membawa kepada kesempurnaan iman, Islam dan akhlak umat Islam itu sendiri.

Tidak dinafikan bahawa keampuhan akhlak umat Muhammad SAW masa kini boleh dikaitkan juga dengan pelbagai perkara termasuk tidak mengambil berat terhadap rukun dan syarat amalan yang telah dan akan dilakukan.
Memberi perhatian dalam rukun dan syarat sah adalah penting agar tidak batal dalam solat.

Sharing is Caring....


No comments:

Post a Comment