Powered By Blogger

Wednesday, February 20, 2013

LELAKI & PEREMPUAN... PASTI BERBEZA...



BEGITU JUGA DENGAN...
PERBEZAAN SOLAT LELAKI
 DAN PEREMPUAN...

(1)
LELAKI : 

Merenggangkan kedua - dua tangannya dari lambung ketiaknya ketika takbir.


PEREMPUAN :

Merapatkan kedua-dua tangannya
 ke ketiak ketika takbir.

(2)
LELAKI : 

Ketika sujud paha kaum lelaki 
boleh merenggangkannya.

PEREMPUAN : 

Ketika sujud paha perempuan 
hendaklah dirapatkan ke perut.

(3)
LELAKI :

Orang lelaki boleh menyaringkan bacaannya pada solat Maghrib, Isyak dan Subuh.

PEREMPUAN :

Orang perempuan tidak boleh 
menyaringkan bacaan.

(4)
LELAKI :

Orang lelaki boleh menegur atau memberi ingatan imam yang terlupa dengan mengatakan "Subhanallah".

PEREMPUAN : 

Orang perempuan hanya dibenarkan menepuk tangan kiri sahaja (tidak boleh lebih dari tiga pergerakan berturut - turut).

(5)
LELAKI :

Aurat lelaki di antara pusat dan lutut.

PEREMPUAN :

Aurat perempuan adalah keseluruhan badan kecuali muka dan dua pergelangan tangan.

SHARING IS CARING...


No comments:

Post a Comment