Powered By Blogger

Tuesday, December 4, 2012

AFC.....Asian Food Channel ker......?????

Hello Hello Hello......
Happy Tuesday.....
What a lovely sunny morning....
hopefully panas hingga ke petang....
risau juga setiap petang hujan lebat....

Ok, just nak share.....
You guy mesti tertanya kan apa tu AFC....
ermmmm Astro Asian Food Channel ker...
well ada kena mengena dgn Food....
 but no not AFC yg kat tv tuuu....

Actually terjumpa satu kedai ni...

Nama dia Al-Amin Food Corner (AFC)
no. 13, Jalan 6, Taman Batu Off Greenwood Park,
68100 Batu Caves, Selangor
019 3211911 (Pn. Hasnah)


AFC adalah sebuah restoran yang popular dengan menu Nasi Arab (Mandy) Ayam &Kambingnya mengikut cita rasa orang Malaysia.
Lokasinya ialah di bangunan yang terletak antara Shell Greenwood dengan Masjid Ar Rahimah. (Belakang Din Bundle/Al Azhar Design atau bersebelahan Syarikat Ana Edar Sdn Bhd.

Keistimewaan Nasi Arab di AFC ialah ianya tidak mual, tidak juga jemu dan tidak muak. Manakala harganya amat berpatutan....
Selain itu, AFC juga terkenal dengan Nasi Ayam Salai, Nasi Lemak Ayam Salai dan Nasi Kerabu Ayam Salai.

Jadi....di AFC anda mempunyai pilihan samada inginkan Menu Arab ataupun Menu Melayu.....

Nasi Kerabu AFC di sediakan dengan keaslian tumisannya yang menyelerakan. Nasi Kerabu yang asli ini boleh dimakan samada dengan hidangan biasa atau dengan ikan rebus goreng..
Namum yang paling istimewanya ialah apabila di makan dengan hidangan Ayam Salai.... 
Nasi Kerabu di sini memang lain daripada yang lain...terutama jenis Nasi yang digunakan...
Keistimewaan Nasi Kerabu AFC hanya dengan merasa sendiri, baru anda akan dapat merasa kelazatan hidangan tersebut.


Harga :
Nasi Kerabu biasa RM3.00
Nasi Kerabu telur RM4.00
Nasi Kerabu Ikan Rebus Goreng RM4.50
Nasi Kerabu Ayam Salai RM7.90

(Nasi Kerabu Ayam Salai)


Nasi Arab AFC pula yang best ialah Ayam yang digunakan di perap bersama rempah khas yang terdiri daripada 21 bahan termasuk rempah ratus, sebab itulah rasa lemak rempah pada ayam menyebabkan kita dapat menikmati keenakan rempah AFC sehingga ke tulang.....

Nasi Arab AFC di sini di jual per serving ataupun Set Keluarga...

Set Keluarga :
Set A : 
Nasi Arab/Panggang = 3 orang makan = RM43
2 nasi Arab/Panggang + 1 Kambing Berempah + 1 Ayam goreng berempah + 1Ayam kampong Goreng + Salatoh

Set B :
Nasi Arab/Panggang = 3 orang makan = RM72
2 nasi Arab/Panggang + 2 Kambing Berempah + 1 Ayam Kampong goreng + 1 Kari Kambing + Salatoh

Set C :
Nasi Arab/Panggang = 4 orang makan = RM 63
3 nasi Arab/Panggang + 2 kambing berempah + 1 ayam goreng berempah + 1 Ayam kampung goreng + salatoh

Set D :
Nasi Arab/Panggang = 4 orang makan = RM83
3 Nasi Arab/Panggang + 2 Kambing Berempah + 1 Ayam Goreng Berempah + 1 Ayam Kampung Goreng + 1 Kari Kaki Kambing + Salatoh...


Hari tu I bought Set C...nampak sikit tapi bila bawa balik letak dlm bekas...
agak banyak juga.....cukup untuk 5 orang makan...


(Gambar yg ni per serving....)


So Guys....kalau berada area sini.... 
dan tak mahu masuk KL- jam 
(Al-Rawsha, Hadramaut & Saba sedap..
....but bila fikir dua tiga kali nak ke sana & silap2 hari kena lak hujan lebat...gerenti jalan jem teruk...)
bolehlah singgah cuba rasa.....

(cam tolong promote lak hihihihi....x de share apa2 pun dgn kedai niii...just nak share jer)

kan...

Sharing is Caring....

Bye for now....

SENYUM

No comments:

Post a Comment