Hibah?
pernah dengar?
macam selalu dengar...
tapi apa itu hibah ?
Dari sudut bahasa, hibah ialah hadiah. Dari sergi istilah syarak ianya adalah pemberian atas dasar kasih sayang tanpa mengharapkan sebarang balasan.
Dari sudut perwarisan harta, ianya adalah INSTRUMEN YANG PALIN BERKESAN yang boleh kita gunakan untuk MEWARISKAN HARTA SECARA TOTAL kepada insan yang kita sayangi setelah kita meninggal dunia.....
Kalau x buat hibah, x boleh ker?
Boleh. Tiada masalah. Cuma, setelah anda meninggal dunia kelak, hak milik rumah tersebut perlu dibahagi-bahagikan kepada waris-waris anda mengikut Hukum Faraid.
Jika waris-waris tidak memahami Hukum Faraid, risiko berlakunya PEREBUTAN ke atas rumah anda adalah tinggi.
Rumah anda juga berisiko tinggi untuk dijual bagi mencairkanya supaya pembahagian mengikut Hukum Faraid dpt dilaksanakan.
Bukan Terus dapat kpd Pasangan ke?
TIDAK.
Dalam Hukum Faraid, jika suami meninggal, bahagian isteri hanya 1/8 SAHAJA (1/4 jika tiada anak). Jika rumah isteri, bahagian suami hanya 1/4 SAHAJA (1/2 jika tiada anak).
Selebihnya adalah hak IBU BAPA SI MATI, ANAK-ANAK, dan boleh jadi ada bahagian untuk ADIK BERADIK SI MATI @ BAITULMAL!
Apa yang bagus sangatnya hibah ni?
Hibah di laksanakan sewaktu kita hidup. Tetapi proses pindah milik rumah hanya BERLAKU SELEPAS PEMBERI HIBAH MENINGGAL DUNIA. Jadi, kebajikan pemberi hibah TERJAMIN selagi ada hayat.
Selain itu, hibah kepada anak, cucu dan ke bawah BOLEH DITARIK BALIK TANPA PERSETUJUAN.
Dokumen hibah adalah dokumen perundangan yang KUAT DAN SUKAR TERBATAL jika ada tentangan dari waris lain.
Biasa bukan orang selalu buat wasiat ker?
WASIAT adalah dokumen yang sangat MUDAH TERBATAL terutama kepada orang Islam.
Kenapa? Dalam syarak, wasiat hanya terhad MAKSIMUM 1.3 KEPADA BUKAN WARIS.
Jika wasiat dibuat kepada waris, maka wasiat tersebut adalah TIDAK SAH melainkan mendapat persetujuan SEMUA WARIS LAIN.
Jika ada waris yang tidak bersetuju dengan wasiat tersebut, maka wasiat akan TERBATAL dan Hukum Faraid terguna pakai.
Alah....Tukar nama terus. Lagi senang, kan?
Andainya rumah dipindah milik kepada anak. RISIKO PERTAMA, pemilik akan HILANG 100% HAK setelah rumah dipindah milik. Jika anak ingin menjual atau menggadai rumah tersebut di bank, pemilik asal tiada hak untuk menghalang.
RISIKO KEDUA, jika pemilik baru rumah tersebut (contoh : Anak) yang terlebih dahulu meninggal dunia, maka rumah tersebut akan menjadi harta pusaka anak dan hak milik rumah tersebut tertakluk kepada struktur Faraid anak tersebut.
Bila masa yang paling sesuai untuk saya buat hibah?
Jawapannya ialah, SEKARANG. Iaitu selagi masih sihat, waras dan tiada penyakit kritikal.
Kerana jika sudah dihinggapi penyakit kritikal yang boleh membawa kepada kematian, maka hibah yang dibuat ketika waktu tersebut adalah berpontensi tinggi untuk TERBATAL jika ditentang oleh waris yang tidak berpuas hati.
Berapa kos untuk penyediaan dokumen hibah ini?
Kosnya adalah SANGAT RENDAH jika dibandingkan dengan harga yang perlu dibayar oleh insan tersayang kelak untuk membayar bahagian Faraid waris-waris lain jika tiada perancangan hibah dibuat...
Lapan (8) Golongan KRITIKAL yang perlu membuat perancangan HIBAH
(1) PASANGAN YANG TIDAK MEMPUNYAI ANAK
MENGAPA, Kerana mengikut Hukum Faraid, jika suami meninggal dunia, hak isteri adalah 1/4 SAHAJA. 3/4 daripada nilai rumah tersebut adalah merupakan bahagian IBU BAPA atau ADIK BERADIK SI MATI atau BAITULMAL!
(jika isteri meninggal bahagian
suami adalah 1/2 SAHAJA)
(2) PASANGAN YANG MEMPUNYAI ANAK PEREMPUAN SAHAJA
MENGAPA? kerana mengikut Hukum Faraid, hak isteri adalah 1/8 SAHAJA, hak anak adalah 1/2 (jika seorang) atau 2/3 (jika lebih dari seorang). Selebihnya? adalah merupakan hak ADIK BERADIK SI MATI
(anggapan ibubapa si mati sudah tiada)
(3) PASANGAN YG MEMPUNYAI ANAK LELAKI & PEREMPUAN DAN BERHASRAT MEMBERIKAN HAK SECARA SAMA RATA
MENGAPA? Mengikut Hukum Faraid, nisbah bahagian anak lelaki kepada anak perempuan adalah dalam nisbah 2:1
(4) PASANGAN YG MEMPUNYAI ANAK ANGKAT
MENGAPA? Kerana anak angkat TIDAK ADA BAHAGIAN di dalam Hukum Faraid.
(5) INDIBIDU YG TIDAK BERKAHWIN
MENGAPA? Kerana setelah meninggal dunia rumahnya menjadi milik ADIK BERADIKNYA atau sekiranya tiada adik beradik maka ia akan menjadi milik BAITULMAL.
(6) INDIVIDU YANG BERPOLIGAMI
MENGAPA? Kerana jika suami meninggal dunia, mengikut Hukum Faraid, Jika 2 isteri, 1/16 setiap seorang. Jika 3 isteri 1/24 seorang, jika 4 isteri 1/32 setiap seorang tidak mengira sama ada isteri tua atau isteri muda.
(7) INDIVIDU YG BERKAHWIN SEMULA SETELAH KEMATIAN ISTERI PERTAMA
MENGAPA? Banyak berlaku masalah di antara anak-anak dengan isteri muda atas dasar kebimbangan anak-anak sekiranya harta bapa mereka akan jatuh ke tangan ibu tiri mereka..
(8) PASANGAN YG MEMBELI RUMAH SECARA "JOINT OWNERSHIP" (DUA NAMA)
MENGAPA? jika suami meninggal, 50% daripada rumah tersebut adalah harta pusaka dan menjadi hak waris-waris si mati mengikut Hukum Faraid. Begitulah juga sebaliknya si isteri yg meninggal dunia....
Fikir - fikirkan....